Syarikat Unit Amanah No.1* Malaysia

AWAS!

     SAHAM INTERNET DATANG LAGI

Perhatian kepada semua bangsa Malaysia terutamanya kaum melayu, pelaburan penipuan di internet yang telah menyebabkan orang ramai kerugian banyak wang terutamanya orang ramai yang terlalu mengejar kekayaan yang cepat.

 

Saya nasihatkan jangan sesekali melibatkan diri ke dalam saham yang jelas HARAM kerana mempunyai unsur riba dan gharar dan tidak berlesen, manakala maklumat pemilikan syarikat dan lokasi kedudukannya tidak jelas dan nyata menipu, telah melanggar AKTA SURUHANJAYA SEKURITI 1993 dan BANK NEGARA MALAYSIA (BNM)...

 

Melaburlah dengan Syarikat Unit Amanah yang berdaftar dan mendapat kelulusan dari Suruhanjaya Sekuriti, Bank Negara Malaysia dan Persekutuan Pengurusan Unit Amanah Malaysia (FMUTM).

 

BERNAMA 17 Mei 2008

 

PUBLIC MUTUAL DINAMAKAN “PENGURUS DANA ISLAM TERBAIK DI ASIA” BAGI 2 TAHUN BERTURUT-TURUT

 

Kuala Lumpur, 16 Mei 2008-- Public Mutual Bhd Memenangi Anugerah “Pengurus Dana Islam Terbaik Di Asia” Oleh Failaka Advisors Bagi 2 Tahun Berturut-turut. Anugerah Ini Disampaikan Oleh Encik Mark J Smyth, Pengarah Urusan Bagi Failaka Advisors Kepada Pengerusi Public Mutual, Y. Bhg. Tan Sri Dato’ Sri Dr. Teh Hong Piow Ketika Malam Anugerah Tahunan Public Mutual Yang Diadakan Pada 15 Mei 2008 Di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur.

Failaka Advisors yang beribu pejabat di Dubai, UAE dan pejabat-pejabatnya di Chicago, Amerika Syarikat merupakan pemimpin yang diiktiraf dalam bidang penyelidikan dana-dana Islam. Anugerah Dana Islam Failaka merupakan tanda aras bagi kecemerlangan dalam bidang pengurusan dana Islam dan melambangkan puncak kejayaan untuk pemenang-pemenang anugerahnya.

Ketika menyampaikan anugerah tersebut kepada Public Mutual, Encik Mark J Smyth berkata, beliau amat gembira menyampaikan anugerah Pengurus Dana Islam Terbaik di Asia kepada Public Mutual buat kali kedua. Beliau juga menyatakan bahawa dari segi dana-dana yang berlandaskan Syariah, dana-dana Public Mutual sekali lagi mencapai prestasi yang lebih baik daripada ukur rujuk prestasi dengan peratusan yang tertinggi. Di pasaran di mana banyak pelanggan menunjukkan minat mereka dalam dana-dana Islam, Public Mutual berada dalam kedudukan yang baik bagi mengambil manfaat daripada permintaan ini.
Public Mutual telah menunjukkan prestasi yang konsisten dalam menguruskan dana-dana yang berlandaskan Syariah mereka dan ini terbukti dalam pulangan dana-dananya. Tidak dapat dinafikan bahawa prestasi tersebut memainkan peranan yang penting dalam pertumbuhan aset yang pesat.

Dalam ucapan penghargaan beliau, Tan Sri Teh menyatakan beliau merasa bangga bahawa Public Mutual sekali lagi mendapat pengiktirafan antarabangsa. “Anugerah ini mempamerkan komitmen Public Mutual dalam berusaha sedaya upaya untuk memberikan nilai kepada para pemegang unitnya,” kata beliau. Tan Sri Teh mendedikasikan anugerah ini kepada lembaga pengarah, badan pengurusan, kaki-kakitangan, pasukan agensi and pemegang-pemegang unit Public Mutual atas keghairahan dan semangat mereka yang membantu Public Mutual mencapai kecemerlangannya.

Public Mutual merupakan syarikat unit amanah swasta yang terbesar di Malaysia dan menguruskan sebanyak 62 dana untuk seramai lebih 1,800,000 pemegang akaun. Pada 30 April 2008, jumlah nilai aset bersih dana yang diuruskan oleh syarikat tersebut adalah sebanyak RM27.8 bilion.

 

KWSP perkenal simpanan asas
setiap pencarum Februari 2008


UTUSAN MALAYSIA 

Oleh: SAIFULIZAM MOHAMAD

KUALA LUMPUR 22 Okt. – Mulai 1 Februari tahun depan, 11.4 juta pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) perlu mempunyai simpanan asas yang ditentukan mengikut umur masing-masing. Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Datuk Azlan Zainol berkata, simpanan asas tersebut merupakan jumlah simpanan yang terdapat di dalam Akaun 1 setiap pencarum. Beliau berkata, tujuan konsep itu diperkenalkan bagi membolehkan pencarum mempunyai simpanan minimum RM120,000 sebaik sahaja mereka mencapai umur persaraan 55 tahun.

‘‘Berdasarkan jangkaan, jumlah ini dapat menampung bayaran bulanan kepada pencarum sebanyak RM500 bagi tempoh 20 tahun iaitu bermula dari usia bersara pencarum hingga umur mereka mencecah 75 tahun. ‘‘Selain itu penetapan simpanan asas ini juga akan dijadikan panduan kepada kita untuk memastikan simpanan KWSP tidak boleh dikeluarkan sehingga pencarum berusia 55 tahun kecuali untuk tujuan tertentu,’’ katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar bagi mengumumkan pelaksanaan inisiatif strategik yang berkonsepkan ‘bukan hanya simpanan’ dalam usaha meningkatkan simpanan pencarum. Pelaksanaan simpanan asas bagi setiap pencarum itu merupakan salah satu perkara yang terkandung di dalam inisiatif tersebut. Bagaimanapun semua skim pengeluaran KWSP yang ada sekarang termasuk pembiayaan perumahan, pendidikan dan penyakit kritikal tidak berubah dengan pelaksanaan inisiatif strategik itu. Azlan berkata, semua pengeluaran akan bergantung kepada jumlah simpanan asas yang telah ditetapkan mengikut umur pencarum.

‘‘Bagi yang berumur 25 tahun, simpanan asasnya adalah sebanyak RM9,000, umur 30 tahun (RM18,000), umur 35 tahun (RM29,000) dan umur 40 tahun (RM44,000). ‘‘Bagi mereka yang berumur 45 tahun, simpanan asasnya ialah (RM64,000), umur 50 tahun (RM90,000) dan umur 55 tahun (RM120,000),’’ jelasnya sambil menambah kuantum simpanan asas akan dikaji setiap lima tahun. Sehubungan itu beliau berkata, mereka yang mempunyai lebihan daripada simpanan asas masing-masing sahaja dibenarkan mengeluarkan caruman mereka untuk tujuan pelaburan.

‘‘Sebagai contoh seorang pencarum berusia 25 tahun dan jumlah simpanan asasnya adalah lebih RM9,000, katakanlah RM12,000. Lebihan RM3,000 itu boleh dikeluarkan untuk dilaburkan dalam produk dan institusi yang diluluskan.

‘‘Berbanding skim pelaburan sedia ada sebenarnya konsep yang diperkenalkan ini menggalakkan pencarum melabur pada usia muda,’’ ujarnya.

Dalam pada itu beliau berkata, penetapan simpanan asas juga akan digunakan untuk menentukan sama ada pencarum layak mengeluarkan simpanan pada usia 50 tahun atau sebaliknya. Beliau berkata, perubahan mengeluarkan simpanan pada usia 50 tahun itu akan dilaksanakan sepenuhnya pada 1 Januari 2013.
 

‘‘Mulai tahun tersebut hanya ahli yang mempunyai simpanan asas lebih RM90,000 dalam Akaun 1 sahaja dibenarkan mengeluarkan semua simpanan dalam Akaun 2. ‘‘Berbanding sekarang, ahli boleh mengeluarkan satu pertiga simpanan dari Akaun 2 sebaik sahaja mereka mencapai umur 50 tahun tanpa mengira jumlah keseluruhan wang yang terdapat dalam akaun KWSP masing-masing,’’ katanya.

 

TRANFORMASI BEKAS SEORANG KERANI

Utusan Malaysia 9 Julai 2007  

Oleh SITI ZALEHA JORIMAI

 

DALAM rekod penilaian bekas majikannya pernah menilai dia sebagai seorang pekerja yang baik dan cekap, tetapi lokek senyum dan berat mulut untuk bercakap.

Namun, siapa sangka wanita yang dulunya cukup pendiam dan lebih suka menyendiri, kini berubah serta boleh meraih pendapatan hingga puluhan ribu melalui kerjaya yang memerlukan dia banyak bercakap dan bertemu orang.

Saidatul Norhiyah Abdol, 33, sendiri sukar mempercayai dirinya mampu mencapai sehingga ke tahap sekarang. Apatah lagi apabila mengenang baru empat atau tiga tahun lepas dia sekadar seorang kerani biasa yang gaji setiap hujung bulan cukup-cukup untuk belanja sendiri dan sedikit dititip ke kampung.

“Bukan tidak bersyukur, tapi selepas sembilan tahun makan gaji saya tidak nampak apa-apa yang berubah dalam hidup saya.

“Bahkan, impian untuk memberi kesenangan kepada ibu bapa di kampung yang tertanam sejak sekolah lagi semakin kabur.“Setiap kali balik kampung saya lihat garisan kedut pada wajah orang tua saya bertambah. Melihat itu saja saya jadi panik, takut tak sempat menunaikan hajat untuk sekurang-kurangnya menghantar mereka ke Mekah,” kata wanita berasal dari Behrang, Perak ini.

Sementelah sudah membuka kisah silam, Saidatul tidak malu mengaku dia lahir dan dibesarkan dalam keluarga yang susah.Bapanya hanya berkerja kampung yang pendapatan tidak sampai pun RM300 sebulan bagi menanggung sembilan anak.

“Bayangkan seterika pun kami tak mampu beli sedangkan waktu itu (sekitar tahun 1980-an) orang lain sudah ada macam-macam alat elektrik.“Setiap malam kami adik beradik akan letak baju bawah tilam supaya baju nampak licin bila ke sekolah,” katanya sayu.

Sebagai anak kedua, Saidatul sanggup melupakan impian menjejak kaki ke universiti bagi memberi peluang saudara sulongnya meneruskan pengajian.

Sebaliknya, dia memberanikan diri memperjudi nasib di kota bagi mencari pekerjaan yang sepadan dengan kelulusan.

Sekadar berbekalkan Sijil Pelajaran Malaysia, dia hanya mampu meraih jawatan kerani di sebuah syarikat insurans dengan gaji yang sebahagiannya dihantar ke kampung.“Bagaimanapun, bekerja tidak menumpulkan minat saya untuk belajar. Secara sambilan, saya masuk kelas dan mengambil macam-macam jenis peperiksaan berkaitan bidang insurans dan kewangan.“Saya fikir dengan cara itu saja saya dapat sekurang-kurangnya menambah angka pada slip gaji,” katanya.

Sembilan tahun berusaha, empat kali bertukar majikan, namun perubahan yang berlaku tidak seperti yang diharapkan.Saban hari jiwanya meronta untuk berbuat sesuatu yang dapat mengubah kehidupannya sekali gus nasib ibu bapa di kampung.

Bagaikan diatur-atur, Saidatul berkenalan dengan Azizah Saad, salah seorang perunding unit amanah paling berjaya dan telah sampai ke tahap Pengurus Agensi Kumpulan di Public Mutual, yang kemudian mengajaknya untuk sama-sama menerokai bidang tersebut.

“Mulanya saya buat secara sambilan, tapi kemudian saya fikir setakat sebelah kaki tidak akan bawa saya ke mana. Saya nekad berhenti kerja untuk menyertai unit amanah secara serius,” katanya.Kebetulan waktu itu, perkahwinan yang dibina seawal usianya 22 tahun menemui titik noktah dengan dikurnia seorang anak perempuan yang kini berusia lapan tahun.Kegagalan rumah tangga juga ibarat wake up call yang mengembalikan ingatannya pada janji yang pernah dibuat sewaktu mula berkerja dulu.

“Saya pernah bertekad pada diri sendiri untuk menyenangkan orang tua saya. Tetapi jodoh sampai lebih awal membuatkan sedikit sebanyak fokus saya beralih arah.

“Mungkin ini hikmah di sebalik kegagalan tersebut. Kalau pun tidak kerana janji itu, saya ada anak yang perlu diambil kira. Semua itu menjadi penyuntik semangat untuk saya bangun dan berusaha demi kelangsungan hidup kami dua beranak,” katanya.
 

Begitu pun, kerjaya baru yang dipilih tidak semudah diduga, malah enam bulan pertama bersama unit amanah tempoh yang cukup mencabar bagi Saidatul. Bermula dengan kosong, dia banyak bergantung pada ‘mentornya’ dengan mengikut apa saja yang mereka buat.

“Ibaratnya macam anak ayam mengikut ke mana saja ibunya bawa.Tapi saya tak kisah sebab masa itu memang masih mentah dan banyak perkara yang perlu dipelajari,” katanya.Biarpun dalam keadaan masih ‘bertatih’, selepas enam bulan pertama itu, Saidatul mampu membuat jualan sebanyak RM850,000 dengan pendapatan purata hampir mencecah lima angka sebulan.

Lebih bermakna genap setahun bergelar perunding unit amanah, dia berjaya memenuhi impian menghantar orang tuanya ke Mekah menunaikan rukun Islam kelima.Sebagai anak, saya rasa itulah detik paling bermakna dan saya bersyukur kerana dapat menghantar mereka ke Tanah Suci dalam keadaan mereka masih sihat dan kuat,” katanya.

Mencecah jutaanKini, biarpun baru dua tahun menjadi perunding unit amanah sepenuh masa, jualannya sudah mencecah jutaan ringgit dan beberapa kali memenangi cabaran yang diberikan oleh syarikat.

Bagi Saidatul segala-galanya berkat kesungguhan mengikut latihan serta tunjuk ajar daripada para senior yang tidak jemu-jemu membimbingnya.Justeru, perkara yang sama dilakukan terhadap ejen-ejen baru yang dibimbingnya sekarang agar mereka dapat mengecapi kejayaan sebagaimana yang beliau nikmati.

“Kerjaya ini amat bergantung dengan kerja berpasukan, selain kesediaan untuk belajar dan terus belajar,” katanya yang tampil elegan dengan jaket pendek dan seluar panjang.Dia yang kini mencapai tahap pengurus agensi telah merekrut lebih 20 ejen yang masing-masing sedang aktif mengorak langkah.

Berkongsi petua kejayaan, kata Saidatul, selain mahir dengan ‘produk’ yang mahu dijual, semangat dan tekad perlu kuat serta tahan menghadapi kegagalan.Katanya, tidak semua pelanggan yang ditemui akan menerima produk yang dicadangkan, malah daripada 10 mungkin hanya dua atau tiga yang menerima.

“Waktu itu kita perlu bersedia menerima penolakan, jangan cepat mengaku kalah. Saya sendiri, sudah tidak terbilang berapa kali menangis dalam kereta lebih-lebih lagi apabila bertemu dengan pelanggan yang ‘lepas cakap’.


“Tetapi saya akan pastikan rasa kecewa atau sedih itu habis di dalam kereta dan tidak terbawa-bawa hingga menjejaskan kerja seterusnya.“Apa yang selalu saya ingat, niat saya memberi produk yang terbaik, kalau pelanggan tak mahu itu hak mereka,” katanya yang turut mencabar golongan muda lebih-lebih yang menganggur untuk menyertai bidang tersebut sebagai permulaan mengubah hidup kepada yang lebih baik.