UTUSAN
|
|
Nama Dana |
Pengagihan /Unit |
|
Public Dana Industry |
7.50 sen |
|
Public Dana Equity |
5 sen |
|
Public Dana Islamic Bond |
4 sen |
Pengerusinya, Tan Sri Teh Hong Piow berkata, walaupun keadaan pasaran mencabar, Public Mutual gembira dengan prestasi ketiga-tiga dana tersebut.
Public Mutual merupakan syarikat unit amanah swasta terbesar di
Sehingga 30 September 2008, jumlah saiz dana yang diuruskan oleh syarikat tersebut ialah RM24.2 bilion.
|
BERNAMA 17 Mei 2008
PUBLIC MUTUAL DINAMAKAN �PENGURUS DANA ISLAM TERBAIK DI ASIA� BAGI 2 TAHUN BERTURUT-TURUT Failaka Advisors yang beribu pejabat di Ketika menyampaikan anugerah tersebut kepada Public Mutual, Encik Mark J Smyth berkata, beliau amat gembira menyampaikan anugerah Pengurus Dana Islam Terbaik di Asia kepada Public Mutual buat kali kedua. Beliau juga menyatakan bahawa dari segi dana-dana yang berlandaskan Syariah, dana-dana Public Mutual sekali lagi mencapai prestasi yang lebih baik daripada ukur rujuk prestasi dengan peratusan yang tertinggi. Di pasaran di mana banyak pelanggan menunjukkan minat mereka dalam dana-dana Islam, Public Mutual berada dalam kedudukan yang baik bagi mengambil manfaat daripada permintaan ini. Public Mutual telah menunjukkan prestasi yang konsisten dalam menguruskan dana-dana yang berlandaskan Syariah mereka dan ini terbukti dalam pulangan dana-dananya. Tidak dapat dinafikan bahawa prestasi tersebut memainkan peranan yang penting dalam pertumbuhan aset yang pesat. Dalam ucapan penghargaan beliau, Tan Sri Teh menyatakan beliau merasa bangga bahawa Public Mutual sekali lagi mendapat pengiktirafan antarabangsa. �Anugerah ini mempamerkan komitmen Public Mutual dalam berusaha sedaya upaya untuk memberikan nilai kepada para pemegang unitnya,� kata beliau. Tan Sri Teh mendedikasikan anugerah ini kepada lembaga pengarah, badan pengurusan, kaki-kakitangan, pasukan agensi and pemegang-pemegang unit Public Mutual atas keghairahan dan semangat mereka yang membantu Public Mutual mencapai kecemerlangannya. Public Mutual merupakan syarikat unit amanah swasta yang terbesar di Malaysia dan menguruskan sebanyak 62 dana untuk seramai lebih 1,800,000 pemegang akaun. Pada 30 April 2008, jumlah nilai aset bersih dana yang diuruskan oleh syarikat tersebut adalah sebanyak RM27.8 bilion. |
|
UTUSAN MALAYSIA 16 Mei 2008 Public Mutual terima Anugerah Dana Islam Oleh YANG CHIN MEE KUALA LUMPUR 15 Mei - Public Mutual Bhd. (Public Mutual), anak syarikat milik penuh Public Bank hari ini menerima Anugerah Dana Islam Failaka kategori Pengurus Dana Terbaik di Asia 2008 daripada penasihat Failaka. Anugerah Dana Failaka Islam ini diwujudkan oleh penasihat Failaka yang diiktiraf sebagai peneraju dalam penyelidikan dana Islam. Ia merupakan tanda aras bagi kecemerlangan dalam bidang pengurusan dana Islam dan melambangkan puncak kejayaan untuk pemenang-pemenang anugerahnya. Pengerusi Public Bank, Tan Sri Dr. Teh Hong Piow menerima anugerah itu yang disampaikan oleh Pengarah Urusan Penasihat Failaka, A. Mark J. Symth kepada beliau pada Majlis Makan Malam Anugerah Tahunan Public Mutual di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) malam ini. Hong Piow berkata, ini merupakan kali kedua Public Mutual menerima anugerah tersebut dan beliau amat bangga dengan pengiktirafan antarabangsa itu. ''Anugerah ini mempamerkan komitmen Public Mutual yang sentiasa berusaha untuk memberikan nilai tambah kepada para pemegang unitnya. ''Anugerah ini adalah hasil kerjasama kesemua ahli lembaga pengarah, badan pengurusan, kakitangan, pasukan agensi dan pemegang-pemegang unit Public Mutual atas semangat mereka yang membantu Public Mutual mencapai kecemerlangan ini," katanya ketika berucap di majlis tersebut. Public Mutual merupakan syarikat unit amanah swasta terbesar di Malaysia dan menguruskan sebanyak 62 dana untuk lebih 1,800,000 pemegang akaun. Sementara itu, Symth berkata, Public Mutual menunjukkan prestasi konsisten dalam menguruskan dana-dana berlandaskan Syariah dan ini terbukti dalam pulangan dana-dananya. Pada majlis ini, Public Mutual turut memberi penghargaan kepada kakitangan yang melaksanakan tugas dengan cemerlang sepanjang 2007. Antara mereka ialah Steven Lim, Grace Loo, Adi Sasteria Nurputra, Joseph Chan Yew Hong, Hismazaitul Azmy dan S. Ramachandran P. Seevaratnam. |
|
BERNAMA 05 Mei 2008 Public Mutual Umum Agihan Untuk Tiga Dana Ia mengumumkan agihan kasar 2.00 sen seunit untuk Public Islamic Dividend Fund, 1.75 sen seunit untuk Far-East Balanced Fund dan 0.40 sen seunit untuk Public Islamic Asia Dividend Fund. Dana Public Islamic Dividend Fund ialah dana ekuiti yang bertujuan menyediakan pendapatan dengan melabur dalam portfolio saham yang memenuhi syarat-syarat Syariah, kata pengerusi Public Mutual Tan Sri Teh Hong Piow dalam satu kenyataan hari ini. "Dana ini sesuai untuk pelabur jangka sederhana hingga panjang dengan jaminan bagi penerimaan pendapatan sementara pertumbuhan modal adalah sekunder," kata beliau. Dana Public Far-East Balanced Fund ialah dana seimbang serantau yang bertujuan menyediakan pertumbuhan pendapatan dan modal dalam tempoh sederhana hingga jangka panjang, kata Public Mutual sambil menambah yang ia didatangkan sekali dengan perlindungan insurans percuma sehingga RM100,000 untuk setiap pemegang unit yang berkelayakan. Dana Public Islamic Asia Dividend Fund pula ialah dana pendapatan ekuiti Islam yang menyediakan pendapatan dengan melabur dalam portfolio saham pasaran-pasaran domestik dan serantau yang mematuhi syarat-syarat Syariah dan yang menawarkan atau mempunyai potensi untuk menawarkan perolehan dividen yang menarik, kata Public Mutual. Setakat 29 Feb, 2008, jumlah dana di bawah pengurusan Public Mutual melebihi RM27 bilion. |
|
BERNAMA 03 April 2008
PUBLIC DANA ISLAMIC OPTIMAL GROWTH MEMANFAATKAN PROSPEK PERTUMBUHAN SAHAM-SAHAM DIVIDEN DAN BERTUMBUH DI PASARAN DOMESTIK
Kuala Lumpur, 3 April 2008--Anak Syarikat Milik Penuh Public Bank, Public Mutual Akan Melancarkan Sebuah Dana Islam Domestik Iaitu Public Dana Islamic Optimal Growth (PIOGF) Pada 8 April 2008 (Selasa). Para Pelabur Yang Ingin Mencapai Kombinasi Optimum Pertumbuhan Modal Dan Pertumbuhan Pendapatan Dalam Jangka Panjang Boleh Melabur Dalam PIOGF. PIOGF Adalah Terbuka Kepada Skim Pelaburan Ahli KWSP. |
|
UTUSAN MALAYSIA 28 MAC 2008
Public Mutual lancar dana awam China KUALA LUMPUR 28 Mac – Anak syarikat milik penuh Public Bank, Public Mutual akan melancarkan Dana Awam China Titans (PCTF), dana saham bermodal besar pada 1 April ini bagi memberi peluang kepada pelabur mendapat manfaat daripada prospek pertumbuhan syarikat-syarikat besar di republik itu. Pengerusinya, Tan Sri Dr. Teh Hong Piow berkata, pulangan dana yang memberi tumpuan kepada saham-saham bermodal besar biasanya lebih stabil daripada dana bermodal kecil. Katanya, ini kerana syarikat besar berada pada kedudukan yang lebih baik bagi menangani kesan ekonomi berikutan saiz yang besar, pengaliran tunai yang kuat dan dominasi dalam industri masing-masing berbanding syarikat yang lebih kecil. ‘‘Rantau China yang merangkumi China, Hong Kong dan Taiwan menawarkan pilihan saham bermodal besar yang meluas,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. PCTF merupakan dana ekuiti yang bermatlamat untuk mencapai pertumbuhan modal dalam jangka sederhana hingga panjang dengan melabur dalam syarikat-syarikat yang mempunyai modal pasaran berjumlah RM10 bilion dan ke atas di rantau China, termasuk yang tersenarai di pasaran asing. Dana itu akan dilaburkan sehingga 98 peratus daripada nilai aset bersihnya (NAV) dalam pasaran negara asing terpilih, termasuk China, Hong Kong, Taiwan, Singapura, Amerika Syarikat dan pasaran lain yang diluluskan. Pendedahan ekuiti PCTF adalah antara 75 hingga 90 peratus daripada NAB tersebut. PCTF ditawarkan dari 1 hingga 21 April ini dengan harga pembukaan NAV sebanyak RM0.2500 seunit, manakala bayaran perkhidmatan promosi sebanyak lima peratus daripada harga pembukaan akan dikenakan ke atas pembelian unit dana itu oleh para pelabur. Pelaburan permulaan ialah sebanyak RM1,000, manakala setiap penambahan pelaburan minimum ialah RM100. |
|
UTUSAN Public Mutual Menang Lapan Anugerah Dana KUALA LUMPUR 26 Feb. - Anak syarikat milik penuh Public Bank, Public Mutual muncul sebagai pemenang Anugerah Dana Malaysia The Edge Lipper 2008 dengan memenangi lapan daripada 20 anugerah, termasuk anugerah berprestij Kumpulan Ekuiti terbaik bagi kategori tiga tahun. Ia merupakan kemenangan bagi tahun kelima berturut-turut. Pengerusi Public Mutual, Tan Sri Dr. Teh Hong Piow berkata, kejayaan itu disebabkan oleh keberkesanan strategi pelaburannya. Anugerah-anugerah tersebut disampaikan oleh Pengerusi Suruhanjaya Sekurit Datuk Zarinah Anwar kepada Ketua Pegawai Eksekutif Public Mutual, Yeoh Kim Hong dan ahli pasukan pelaburannya pada majlis penyampaian anugerah itu, yang diadakan di sini hari ini. Antara anugerah dimenangi Public Mutual ialah Anugerah Kumpulan Ekuiti Terbaik (3 tahun), PB Dana Fixed Income pula memenangi Anugerah Bon Ringgit |
|
UTUSAN SC pinda garis panduan unit dana amanah Pindaan itu bertujuan mewujudkan persekitaran pasaran berdaya saing di peringkat global. Pengerusinya, Datuk Zarinah Anwar berkata, pindaan panduan yang sedia ada telah digariskan agar memenuhi keperluan standard antarabangsa. "Antaranya ialah melibatkan pemindahan halangan peraturan pelaburan seperti had pelaburan dalam pilihan dan masa depan kepada had berhati-berhati untuk pelaburan dalam derivatif. "Ia turut melibatkan kelonggaran dan garis panduan keperluan dengan Beliau menyatakan demikian ketika berucap pada majlis penyampaian Anugerah Dana Malaysia The Edge-Lipper 2008 di sini hari ini. Pada majlis itu, Public Mutual Bhd. dipilih untuk menerima Anugerah Dana Malaysia The Edge- Lipper 2008 untuk kategori Kumpulan Dana Ekuiti Terbaik. Zarinah menambah, turut dipinda ialah pemindahan untuk pasaran luar yang memerlukan kelulusan SC . Katanya lagi, sekatan terhadap pinjaman tunai juga akan diubah bagi memenuhi permintaan penebusan selain membenarkan penyebaran laporan interim yang singkat kepada pelabur. Pada masa sama, beliau turut mengumumkan kelonggaran yang melibatkan peraturan Dana Secara Borong. Jelasnya, pinjaman tunai untuk tujuan pelaburan akan dibenarkan dan kekerapan penilaian dan pembelian semula unit akan dilonggarkan. Zarina berkata, kelayakan pelabur untuk dana tersebut akan diperluaskan bagi menarik pelaburan secara borong. Tambahnya, satu kenyataan rasmi akan diumumkan oleh SC berkaitan pindaan peraturan itu dalam masa terdekat ini. Menyentuh mengenai prestasi industri dana amanah di negara ini, beliau berkata, satu fenomena baru telah tercetus sepanjang Menurutnya, bagi tahun 2007, jumlah dana yang beroperasi telah berkembang sebanyak 26 peratus kepada 495 unit, yang mana 128 merupakan dana Islam. Dari segi jumlah pelabur katanya, peningkatan ketara telah berlaku apabila nilai aset bersih (NAV) mencatatkan rekod tertinggi apabila naik sebanyak 39 peratus kepada RM169.4 bilion. "Pretasi dana Islam cukup memberangsangkan apabila NAV berkembang sebanyak 84 peratus kepada RM16.86 bilion," katanya. Zarinah berkata, jumlah pelaburan luar pada tahun lalu turut mengalami peningkatan sebanyak 79 peratus kepada RM15.16 bilion, mewakili hampir 10 peratus daripada pengurusan bawah aset. |
|
BERNAMA Public Mutual lancar dana baru (PISTF)
|