Syarikat Unit Amanah No.1* Malaysia

UTUSAN MALAYSIA 28 November 2006

Public Mutual lancar dua dana baru

KUALA LUMPUR 27 Nov. – Public Mutual Bhd. akan melancarkan dua dana baru iaitu Public Far-East Dividend Fund (PFEDF) dan the Public Islamic Enhanced Bond Fund (PIEBF), esok.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Lam Kam Yin, berkata, PFEDF adalah dana pendapatan ekuiti yang memberi tumpuan kepada pelaburan dalam syarikat-syarikat yang memperlihatkan ketekalan dalam menghasilkan pulangan kepada pemegang sahamnya melalui pembayaran dividen yang kukuh.

“Sejumlah hingga 70 peratus nilai aset bersih (NAV) dana itu boleh dilaburkan dalam pasaran-pasaran serantau terpilih, termasuk Korea Selatan, China, Taiwan, Hong Kong, Filipina, Indonesia, Singapura, Thailand dan pasaran-pasaran diluluskan yang lain,” katanya dalam satu kenyataan hari ini

UTUSAN MALAYSIA 17 November 2006

Public Mutual tingkat saiz dana global

KUALA LUMPUR 16 Nov. – Public Mutual Bhd, anak syarikat milik penuh Public Bank, mendapat kelulusan daripada Suruhanjaya Sekuriti (SC) untuk meningkatkan saiz dana global pertamanya.

Public Mutual dalam satu kenyataan hari ini berkata, kelulusan itu adalah bagi saiz Public Global Select Fund (PGSF) yang akan ditingkatkan daripada 1.5 bilion unit ketika ini kepada tiga bilion unit.

Dana tersebut yang dilancarkan pada 28 September tahun ini mendapat sambutan menggalakkan dan telah habis dijual, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Lam Kam Yin.

“Justeru kami memutuskan untuk meningkatkan saiz dana itu bagi memenuhi permintaan pasaran yang amat memberangsangkan,” katanya.

Public Mutual berkata, PGSF merupakan dana ekuiti agresif yang disasar mencapai peningkatan modal jangka panjang dengan melabur dalam skim ekuiti dan pelaburan kolektif dalam pasaran domestik dan global.

Pendedahan ekuitinya terdiri daripada 75 hingga 90 peratus daripada nilai aset bersihnya, kata syarikat itu.

UTUSAN MALAYSIA 14 November 2006

Public Mutual tambah PAIF

KUALA LUMPUR 13 Okt. – Public Mutual telah mendapat kelulusan daripada Suruhanjaya Sekuriti (SC) untuk meningkatkan saiz dana luar negara Islamnya yang pertama, Public Dana Asia Ittikal (PAIF) daripada 1.5 bilion unit kepada 2.5 bilion unit.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Lam Kam Yin berkata: “Kami menerima sambutan yang amat baik. Sebanyak lebih 95 peratus atau lebih 1.4 bilion unit daripada saiz dana permulaan PAIF telah habis dijual dalam tempoh tujuh minggu selepas dana ini dilancarkan pada 22 Ogos 2006.

“Oleh itu, kami memutuskan untuk meningkatkan saiz dana PAIF bagi memenuhi permintaan pasaran,” kata Kam Yin dalam kenyataannya di sini hari ini.

PAIF merupakan dana ekuiti agresif yang berlandaskan kehendak Syariah bertujuan untuk mencapai pertumbuhan modal dalam jangka sederhana hingga panjang dengan melabur dalam sebuah portfolio pelaburan yang melabur di pasaran-pasaran domestik dan serantau yang memenuhi kehendak Syariah. Sehingga 70 peratus daripada Nilai Aset Bersih (NAB) dana ini boleh melabur dalam pasaran-pasaran luar negara terpilih termasuk Korea Selatan, Negara China, Jepun, Taiwan, Hong Kong, Australia, Filipina, Indonesia, Singapura dan Thailand.

UTUSAN MALAYSIA 28 September 2006

Public lancar dana sejagat

KUALA LUMPUR 27 Sept. – Public Mutual akan melancarkan dana globalnya yang pertama, Public Global Select Fund (PGSF) esok.

PGSF adalah sebuah dana ekuiti agresif yang khusus untuk mendapatkan peningkatan modal jangka panjang dengan melabur dalam ekuiti dan skim pelaburan kolektif di dalam pasaran domestik dan sejagat, kata Public Mutual dalam satu kenyataan hari ini.

Dana itu yang menetapkan harga terbitan 25 sen seunit dan unit percuma satu peratus yang akan diberikan dalam tempoh 21 hari pertama tawaran dari 28 September - 18 Oktober 2006.

PGSF akan turut memberikan para pelabur peluang untuk mengambil bahagian dalam potensi pertumbuhan jangka panjang dipelbagaikan portfolio saham mewah, indeks, pertumbuhan, saham yang terkurang nilai di segi fundamental dan dividen yang tersenarai di pasaran saham global terpilih, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya Lam Kam Yin.

UTUSAN MALAYSIA 6 September 2006

SC luluskan pelantikan Public Mutual

KUALA LUMPUR 5 Sept. – Public Mutual Bhd. telah mendapat kelulusan Suruhanjaya Sekuriti (SC) untuk melantik Tan Sri Dr. Teh Hong Piow sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif dan Tan Sri Thong Yaw Hong sebagai Pengerusi Bersama Bukan Eksekutif Bebas.

Public Mutual dalam kenyataannya berkata, kedua-dua pelantikan itu berkuatkuasa pada 1 September lalu.

Dengan pelantikan baru ini, Lembaga Pengarah Public Mutual kini terdiri daripada lapan pengarah yang mana tiga atau lebih daripada satu pertiga adalah Pengarah Bukan Eksekutif Bebas,” kata syarikat itu.

Berdasarkan kelulusan SC itu, kedua-dua pengerusi itu juga dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Pelaburan untuk dana-dana unit amanah di bawah pengurusan Public Mutual mulai hari Jumaat lalu.

Jelas Public Mutual, semua ahli Lembaga Pengarah Public Mutual adalah ahli Jawatankuasa Pelaburan itu.

Katanya, Dr. Hong Piow merupakan Pengerusi dan Pengasas Public Bank, manakala Yaw Hong adalah Pengerusi Bersama Public Bank.

Sementara itu, Datuk Lee Kong Lam yang melepaskan jawatannya sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Public Mutual pada hari Jumaat lalu kekal sebagai Pengarah Bukan Eksekutifnya, kata syarikat itu.

UTUSAN MALAYSIA 22 Ogos 2006

Public Mutual lancar dana Islam asing pertama

KUALA LUMPUR 21 Ogos – Public Mutual Bhd., anak syarikat Public Bank akan melancarkan dana Islam pertamanya di seberang laut, Public Asia Ittikal Fund (PAIF) 22 Ogos.

PAIF, sebuah tabung ekuiti berasaskan Syariah yang agresif, disasarkan untuk mencapai pertumbuhan modal jangka sederhana hingga panjang dengan melabur di dalam satu porfolio pelaburan di pasaran-pasaran domestik dan serantau yang mematuhi syarat-syarat Syariah, kata syarikat itu, dalam kenyataannya di sini hari ini.

Sejumlah 70 peratus daripada nilai aset bersih (NAB), tabung itu, dijangka dilabur di dalam pasaran-pasaran asing terpilih termasuk Kora Selatan China, Jepun, Taiwan, Hong Kong, Australia, Filipina, Indonesia, Singapura dan Thailand.

Pendedahan ekuitinya berjajaran dari 75 peratus hingga 90 peratus daripada NABnya, kata Public Mutual.

Tabung itu mempunyai harga terbitan RM0.25 seunit, dan satu peratus unit-unit percuma akan diberikan semasa tempoh tawaran awal 21 hari dari 22 Ogos higga 11 September.

Pelaburan permulaan minimum bagi PAIF ialah RM1,000.

UTUSAN MALAYSIA 10 Ogos 2006

Ejen unit amanah minta Shafie BP mohon maaf

TUDUHAN Timbalan Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Shafie BP Mamal kononnya ejen-ejen unit amanah melakukan jenayah ‘kolar putih’ kerana mengelirukan pencarum adalah satu fitnah yang yang tidak benar dan tidak adil.

Saya sebagai salah seorang ejen unit amanah melihat tuduhan ini membawa maksud kami adalah penipu dan menjalankan tugas dengan cara yang tidak beretika.

Tuduhan ini juga membawa maksud pencarum-pencarum KWSP yang melabur di dalam unit amanah adalah tidak bijak dan tidak mampu berfikir apabila membuat keputusan untuk melabur dengan unit saham amanah.

Saya menyeru Shafie BP Mamal memohon maaf secara terbuka kepada semua ejen unit amanah di Malaysia dan semua pelabur unit amanah dengan menyatakan bahawa tuduhan yang dilemparkan adalah tidak berdasarkan fakta-fakta yang jelas dan semata-mata kerana ingin menonjolkan diri sebagai pembela kaum pekerja secara murahan.

Isu ini hangat diperkatakan selepas laporan Mingguan Malaysia Ahad lalu yang memetik sumber kesatuan sekerja menyatakan kira-kira RM600 juta wang milik pencarum KWSP yang dilaburkan ke dalam unit amanah mengalami kerugian.

Sumber kesatuan sekerja ini diragui kebenarannya kerana ia tidak dibuktikan dengan fakta yang jelas dan bertentangan dengan laporan pencapaian dana oleh firma penyelidikan dana antarabangsa, Standard and Poor’s (S&P).

Saya mencadangkan agar akhbar Malaysia merujuk kepada mereka yang bertauliah dan mahir dalam bidang ini bagi mendapatkan fakta yang lebih jelas dan benar.

Memang tidak dinafikan terdapat dana-dana amanah yang tidak memberi keuntungan. Dalam masa yang sama terdapat dana-dana amanah yang memberi keuntungan kepada pencarum.

Malah terdapat dana-dana amanah yang memberi pulangan sehingga 85 peratus dalam tempoh 5 tahun (Sumber rujukan: Public Mutual, Quarterly Fund Review; Quarter 2, 2006, Public Ittikal Fund.)

Keuntungan ini amat bermakna kepada pencarum kerana dapat meningkatkan jumlah simpanan hari tua mereka.

Oleh itu, adalah tidak adil jika kita menafikan hak-hak pencarum untuk menambah nilai simpanan mereka melalui pelaburan dengan unit amanah.

Persoalannya sekarang bagaimana hendak melindungi pencarum-pencarum daripada melabur di dalam dana-dana yang tidak memberi keuntungan.

Cadangan saya ialah:

Hanya syarikat amanah yang terbukti mampu menguruskan saham amanah dengan berkesan diluluskan untuk menguruskan pelaburan pencarum-pencarum KWSP.

Kelulusan syarikat amanah yang gagal menguruskan saham amanah dengan baik hendaklah dikaji semula.

MUTC hendaklah terus memastikan ejen-ejen unit amanah agar mematuhi kod etika yang betul sewaktu menjalankan urus niaga.

Syarikat-syarikat unit amanah mestilah terus memberi pendidikan kepada ejen-ejen unit amanah agar dapat meningkatkan mutu profesionalisme mereka.

Kepada pemimpin-pemimpin kesatuan sekerja saya menyeru agar mereka mengeluarkan pendapat dan memimpin dengan cara yang lebih beretika.

Tidak perlu menjadi sumber kepada akhbar dan kemudiannya ‘berkokok’ kononnya membela ahli kesatuan tanpa memberi cadangan yang membina kepada semua. Banyak lagi isu-isu pekerja yang tertangguh dan perlu diberi penyelesaian.

– EJEN AMANAH 013,

Butterworth, Pulau Pinang.

UTUSAN MALAYSIA 1 Ogos 2006

Public Mutual umum agihan tiga dana

KUALA LUMPUR 31 Julai – Public Mutual Bhd. hari ini mengisytiharkan pengagihan kasar bagi tiga daripada dana-dana yang diuruskannya.

Pengagihan tersebut ialah 4.5 sen bagi Public Bond Fund (P Bond); 4 sen bagi Public Growth Fund (PGF); dan 1.5 sen bagi Public Islamic Opportunities Fund (PIOF).

“Semua agihan yang diisytiharkan itu adalah bagi tahun kewangan yang berakhir pada 31 Julai,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Public Mutual, Lam Kam Yin, dalam satu kenyataan di sini hari ini.

UTUSAN MALAYSIA 18 Julai 2006

Public Mutual tambah saiz 4 dana

KUALA LUMPUR 17 Julai – Public Mutual Bhd. telah memperoleh kelulusan daripada Suruhanjaya Sekuriti untuk menambah saiz empat dananya.

“Penambahan saiz itu akan membolehkan kami menampung permintaan pasaran yang kukuh untuk dana-dana berkenaan.

“Berikutan penambahan itu, Public Mutual kini mempunyai jumlah saiz yang diluluskan sebanyak 56.85 bilion unit setakat 30 Jun 2006,” kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Lam Kam Yin, dalam satu kenyataan hari ini.

Dana-dana tersebut ialah Public Regional Sector Fund dan Public Islamic Dividend Fund yang ditambah kepada tiga bilion unit dari dua bilion unit, Public Islamic Balanced Fund dari 1.5 bilion unit kepada dua bilion unit dan Public Islamic Opportunities Fund dari satu bilion unit kepada 1.5 bilion unit.

Public Mutual, anak syarikat Public Bank Bhd., menguruskan 30 dana amanah untuk kira-kira 800,000 pemegang akaun

UTUSAN MALAYSIA 1 Julai 2006

Public Bank umum agihan

KUALA LUMPUR 30 Jun - Public Mutual Bhd. (Public Mutual) hari ini mengumumkan pengagihan pendapatan antara 5.5 sen seunit hingga 6 sen seunit untuk tiga dana saham amanahnya bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2006.

Public Mutual dalam kenyataannya berkata, pemegang unit PB Dana Balanced (PBBF) dan PB Dana Fixed Income (PBFI) masing-masing akan menikmati pengagihan pendapatan sebanyak 6 sen seunit manakala pelabur PB Dana Growth (PBGF) pula akan menerima pengagihan pendapatan sebanyak 5.5 sen seunit.

Ketua Pegawai Eksekutif Public Mutual, Lam Kam Yin berkata, PBBF merupakan dana seimbang dan daripada Jadual Dana `The Edge-Lipper’, dana itu telah memberi pulangan setahun sebanyak 9.13 peratus untuk tempoh berakhir 9 Jun lalu.

‘‘PBBF bermatlamat menyediakan pendapatan tetap dan pertumbuhan modal dalam jangka masa sederhana dan panjang,’’ katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.

Menurutnya, PBGF pula telah menghasilkan pulangan sebanyak 13.77 peratus manakala PBFI pula mencatatkan pulangan berjumlah 4.44 peratus.

UTUSAN MALAYSIA 19 Mei 2006

Public Mutual tambah saiz dana

KUALA LUMPUR 18 Mei - Public Mutual Bhd. (Public Mutual) telah mendapat kelulusan Suruhanjaya Sekuriti untuk menngkatkan saiz Public Dana Regional Sector (PRSEC) daripada 1.5 bilion unit kepada dua bilion.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Lam Kam Yin berkata, PRSEC yang dilancarkan pada 21 Mac lalu telah dilanggan sebanyak 98 peratus atau 1.47 bilion unit dalam tempoh enam minggu.

“Sambutan terhadap PRSEC begitu hebat dan berikutan itu kami mengambil keputusan untuk meningkatkan saiz dana PRSEC bagi memenuhi permintaan pasaran,’’ katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

PRSEC adalah dana ekuiti yang diuruskan secara aktif untuk mencapai pertumbuhan modal jangka panjang dengan melabur dalam tiga hingga enam sektor pasaran serantau terpilih.

UTUSAN MALAYSIA 17 Mei 2006

Public Mutual milik penuh Public Bank

KUALA LUMPUR 16 Mei - Public Bank Bhd. hari ini mengumumkan membeli 10 peratus kepentingan Public Mutual Bhd. yang belum dimilikinya pada harga RM51 juta, menjadikan syarikat pengurus dana itu anak syarikat milik penuhnya.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini, Public Bank menyatakan, Public Consolidated Holdings Sdn. Bhd., sebuah lagi anak syarikat penuhnya, telah memeterai satu perjanjian mengambil alih 600,000 saham biasa bernilai RM1 yang mewakili 10 peratus saham terbitan dan modal berbayar Public Mutual daripada Cheng Poh Holdings Sdn. Bhd. pada harga berkenaan.

“Cadangan mengambil alih 600,000 saham Public Mutual itu bagaimanapun bergantung kepada kelulusan Suruhanjaya Sekuriti yang berpandukan kepada Garis Panduan Dana Saham Amanah.

“Selepas cadangan itu diselesaikan, Public Mutual akan menjadi anak syarikat milik penuh Public Bank,” kata kenyataan itu.

Public Mutual merupakan syarikat pengurus dana bukan milik kerajaan terbesar di Malaysia dengan 29 dana saham amanah bernilai RM13.5 bilion sehingga 30 April lalu.

Ia diedarkan oleh lebih 13,000 perunding saham amanah di seluruh negara. Syarikat itu memperoleh kentungan bersih bernilai RM52.5 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember lalu.

Baru-baru ini, Public Mutual muncul sebagai pemenang terbesar dalam Anugerah Dana The Edge- Lipper Malaysia 2006 dan Anugerah Dana Pelaburan The Star/Standard & Poors Investment Malaysia 2006.