Syarikat Unit Amanah No.1* Malaysia

FAQ

   1. Apakah itu Pelaburan Unit Amanah?

 

Skim pelaburan kolektif yang diuruskan secara profesional dengan mengumpul wang anda bersama berjuta pelabur lain.

 


   2. Bagaimana Unit Amanah dikawal selia?

 

Pelaburan Unit Amanah dikawalselia oleh Suruhanjaya Sekuriti melalui Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993 dan Garis Panduan dalam Dana-dana Unit Amanah.

 


   3. Apakah pelaburan ini halal disisi agama Islam?

 

Ya kerana terdapat dana-dana pelaburan yang disediakan adalah berlandaskan Syariah Islam,  orang Melayu berpeluang untuk melabur dalam dana-dana Islamik yang  disediakan tanpa ragu-ragu.

 


   4. Siapa yang bertanggungjawab memantau pelaburan Islamik?.

 

Penasihat Syariah dari Islamic Banking and Finance Institute Malaysia Sdn.Bhd (IBFIM) akan memantau setiap dana yang dilaburkan mesti sentiasa patuh dan mengikut Syariah Islam.

 


    5. Siapa yang layak untuk melabur?

 

Sesiapa sahaja boleh melabur,tak mengira bangsa & agama

 


    6. Berapa modal mula melabur?

 

Modal permulaan minimum RM1000 dan tambahan pelabur boleh dibuat  dengan tambahan minima RM 100, untuk tambahan pelaburan potongan secara autodebit boleh dibuat secara terus dari akaun Public Bank Berhad.

 


    7. Bagaimana untuk membuat pelaburan tambahan bagi dana Public Mutual?

 

7.1. Tambahan melalui kaunter Public Bank Berhad.


Pelaburan tambahan boleh dibuat di setiap kaunter Public Bank Berhad diseluruh Malaysia dengan mengisi borang Additianal Investment.


 

7.2. Tambahan secara autodebit terus dari Public Bank Berhad.


Potongan terus boleh dilakukan melalui akaun Public Bank Berhad yang di aplikasi melalui borang Aplication Form di ruangan Autodebit Terus, potongan akan dibuat setiap bulan mengikut tarikh yang pilih dari akaun Public Bank pemohon.


 

7.3. Tambahan melalui web http://www.pbebank.com.my.


Pelaburan tambahan boleh juga dibuat melalui pindahan pelaburan melalui Public Bank akaun pemegang atau akaun orang di ruangan Investment mengikut nilai tambahan minima RM 100 ke dalam no. akaun dana dan jenis Dana, contohnya:- 12345678  dan Public Islamic Equity Fund (PIEF).

 


    8. Bagaimana nak mula melabur?

 

Pastikan sesiasa yang berminat perlu mendapatkan seorang agen Perunding Amanah untuk maklumat pelaburan terkini dan prospektus pelaburan. Setelah berpuas hati dengan penerangan agen, pelabur perlu mengisi borang pelabur baru dan borang aplikasi pemohon yang lengkap diisi dengan nama dana yang dipilih.

 


    9. Bagaimana akaun dapat dipantau oleh pemegang unit?

 

Pemegang akaun Public Mutual akan diberi maklumat nombor akaun mengikut dana yang dilaburkan, pemegang akaun boleh menyemak status semasa melalui telefon di TELEMUTUAL, pemegang unit juga boleh menyemak didalam web Public Mutual melalui agen masing-masing.

 


  10. Adakah ada sebarang cas perkhidmatan bagi modal pelaburan?

 

Ya,setiap pelaburan didalam dana-dana tertentu akan dikenakan cas setiap kemasukan pelaburan dan tambahan setiap pelaburan sebanyak 5.5%,sebelum ini 6.5%.

 


  11. Kenapa cas perkhidmatan ini dkenakan kepada para pelabur?

 

Cas perkhidmatan yang dikenakan oleh syarikat adalah sebagai cas servis pengurusan termasuk bayaran kepada perunding kewangan.

 


  12. Adakah dana pelaburan yang disediakan tidak dikenakan cas?

 

Tiada, terdapat dana-dana yang cas permulaan pelaburannya adalah rendah cas nya iaitu 0.25% dari nilai NAV perunit, tetapi dana ini memberi pertumbuhan modal yang seimbang dan tidak menjanjikan pulangan yang agresif.

 

 

  13. Kenapa ada dana yang cas perkhidmatannya agak rendah?

 

Pelbagai dana yang disediakan untuk memberi pilihan kepada pelabur terutamanya dana bon dan money market, dana ini adalah moderate iaitu berisiko amat rendah yang akan menjamin modal pelaburan dan pulangan pelaburan juga agak minima untuk tempoh jangkamasa panjang.

 

 

  14. Bagaimana pelaburan ini boleh memberi pulangan yang 

        menguntungkan?

 

Peluang pulangan pelaburan mempunyai 3 kaedah:-

 

kaedah 1:

pulangan pelaburan dari hasil pertumbuhan modal atau pengagihan pendapatan tahunan.

 

kaedah 2:

pulangan segera pelaburan dari jualan balik unit semasa harga unit semasa jualan adalah tinggi pada hari proses penyerahan borang jualan balik dilakukan.

 

Kaedah 3:

pengagihan @ bonus yang diagihkan kedalam akaun pemegang unit secara automatik akan dilaburkan ke depan untuk memberi kelebihan pulangan pelaburan.

 


  15. Adakah risiko modal pelaburan boleh menyusut?

 

Ya

 


  16. Bagaimana ini semua boleh berlaku?

 

Modal pelaburan boleh susut dari jualan balik dilakukan pada harga semasa unit adalah rendah, dengan ini unit semasa akan didarab dengan harga jualan semasa unit-unit tersebut.

 


  17. Bagaimana pengagihan @ bonus dibayar?

 

Untuk pengiraan yang jelas dan ringkas, seperti dibawah:

jumlah pelaburan:RM 1000     

cas perkhidmatan :5.5% @ RM 55.

RM 1000 - RM 55 = RM 945   


Modal yang dilaburkan: RM 945    

pulangan pengagihan :37% bagi tahun 200X

37  X  945  = RM 349.65

     100

pulangan terkumpul 1 tahun  RM 1294.65.

 

 

  18. Apakah syarat-syarat untuk menjadi agen unit amanah?

Kelayakan untuk menjadi agen adalah seperti berikut:-

 

 1.   Berumur minima 21 tahun ke atas.

 2.   Pendidikan minima SPM pangkat 3 @ kelayakan lain yang disahkan.

 3.   Tidak di sabitkan oleh mahkamah undang-undang atau autoriti

     cekap lain untuk akta-akta palsu atau tidak jujur.

 4.   Tidak mempunyai rekod jenayah berat yang disabitkan oleh mana-

     mana mahkamah.

 5.   Tidak terlibat mana-mana prosiding kebankrapan atau diistihar

     bankrap atau kegagalan untuk memenuhi mana-mana

     pertimbangan hutang-hutang oleh mahkamah.

 

  19. Apa bonus dan komisen dan kelebihan sekiranya menjadi agen unit  

        amanah bersama Public Mutual ni.

 

Sekiranya anda mengisi form (Agent Personal Plan Standing Instruction) anda berpeluang melabur dengan Public Mutual tanpa dikenakan Servis Cas 5.5% untuk permulaan pelaburan RM 1000.00 dan minima dan maxima penambahan pelaburan sebanyak RM 100.00.

 

Bonus dan Komisen lain seperti di bawah:-

         1)  Potensi Komisen Tanpa Batas (Direct / Indirect)


Sebagai seorang unit trust consultant akan menerima komisyen 2.85% bagi setiap pelaburan permulaan dan pelaburan tambahan orang yang direkrut. Cthnya : RM1000 maka komisen yang anda terima adalah RM 28.50, sekiranya anda sendiri yang membuat pelaburan anda juga layak mendapat komisen tersebut.

 

Komisen Overriding

Setelah kenaikan pangkat anda akan dibayar komisen overriding dari 0.62% hingga 1.3% dari setiap pelaburan baru dan pelaburan tambahan anda dan downline anda setiap bulan.

 

         2) Bonus Akhir Tahun

 

Bonus yang diberi secara tahunan mengikut percentage daripada sales yang Berjaya dikumpul untuk Personal Net Sales @ Group Net Sale sepanjang tahun tersebut.

 

3)  Equalisation Bonus

 

Bonus penyamaan untuk agen yang berpangkat MFAS, MFAM dan MFGAM mengikut kelayakkan seperti di Bawah:-

(MFAS)   0.1% untuk tempoh 1 Tahun

(MFAM)  0.1% untuk tempoh 2 Tahun

(MFGAM)  0.05% untuk tempoh 10 Tahun

 

4)  Career Benefit.

 

Komisyen ini di bayar hanya setahun 2 kali sahaja yang mana nilai komisyen ini dikira berdasarkan pengkadaran di antara total bilangan Akaun dan Unit yang dibawah rekrut agen sepanjang tempoh  perkhidmatan dengan Public Mutual.

 

Jumlah tersebut, di darabkan dengan peratusan yang di tetapkan oleh Public Mutual dan di bahagikan dengan 12 bulan sekurangnya kita akan menerima RM 3,000 ke RM 4,000 / bulanan .

 

Bagaimanapun Ia bergantung kepada total group sales agen. Lebih lama berkhidmat dengan Public Mutual dan lebih besar jumlah group sales, maka lebih besar pendapatan career benefit anda.

 

5)  Career Prospect

 

Anda berpeluang untuk kenaikan pangkat daripada Pangkat Unit Trust Consultant ke Pangkat Group Agency Manager yang mana semuanya bergantung pada tahap kesungguhan anda membuat sales serta trianing2 yang telah anda jalani. Selain itu, anda juga boleh meneruskan kerjaya anda dengan menggunakan subsidi daripada Public Mutual untuk menjadi Perancang Kewangan.

 

6) Free OVERSEA trip

 

Trip melancong seperti ke Vietnam, Jepun dan mana-mana lokasi mengikut promosi yang diberikan kepada setiap agen unit amanah.

 

7) Other Benefit

Kemudahan yang disediakan oleh Public Mutual adalah seperti pinjaman perumahan, pinjaman kereta, pinjaman pembelian buku juga ada di beri dengan kadar subsidi menarik. Kita juga boleh buat jualan bersilang produk-produk dengan menjual produk pinjaman perumahan Public Bank seperti, pinjaman kereta, berurusniaga muatan, kad-kad kredit, Insurans dan sebagainya. Dan juga memang ada komisen berasingan. Terdapat juga faedah lain yang diberi seperti mengetepikan caj perkhidmatan sekiranya ejen sendiri nak membuat pelaburan, liputan insurans percuma tetapi ia tertakluk kpd penggal dan syarat-syarat oleh Public Mutual.

 

  20.  Berapa yuran untuk jadi agen Unit Amanah?

  Yuran pendaftaran yang terdiri agen seperti berikut:- 

 1)     Yuran Pendaftaran Public Mutual           =RM   89.50

 2)     Yuran Peperiksaan                                   =RM 120.00

 3)     Yuran Pendaftaran Tahunan FMUTM     =RM   38.00

                  RM  247.50

 

  21. Bagaimana sekiranya peperiksaan kali pertama gagal?

 

Sekiranya peperiksaan pertama gagal anda kena membayar RM 108.50 untuk menduduki pepperiksaan kali kedua, begitulah seterusnya.