UTUSAN Agihan 5 dana Public Mutual
Public Dana Ittikal mencatatkan pengagihan kasar sebanyak 6.00 sen seunit, Public Dana Islamic Equity (1.75 sen seunit), Public Dana Dividend Select (2.00 sen seunit), Public Dana Balanced (5.00 sen seunit) dan Public Dana Select Bond (2.50 sen seunit). Pengerusi Public Mutual, Tan Sri Dr. Teh Hong Piow dalam kenyataannya di sini gembira kerana syarikat itu mampu membuat pengagihan untuk Public Mutual merupakan syarikat unit amanah swasta yang terbesar di Malaysia, menguruskan sebanyak 69 dana dengan lebih 2 juta pelabur. Sehingga 8 Mei 2009, jumlah nilai aset bersih dana yang diuruskan oleh syarikat tersebut sebanyak RM27.4 bilion. |
UTUSAN Public Mutual menang anugerah ke-135KUALA LUMPUR 18 Mei - Anak syarikat milik penuh Public Bank Bhd., Public Mutual Bhd (Public Mutual) memenangi anugerah 'Pengurus Dana Dalam Malaysia Terbaik' yang diberikan oleh majalah AsianInvestor untuk dua tahun berturut-turut. Menurut kenyataan Public Mutual yang dikeluarkan di sini hari ini, anugerah tersebut merupakan anugerah ke-135 Public Mutual. Jelas kenyataan itu, anugerah itu disampaikan pada Malam Anugerah Tahunan Public Mutual yang diadakan malam tadi di Pusat Konvensyen Sunway Pyramid, Penerbit Bersekutu AsianInvestor, Rebekka Kristin, Public Mutual dipilih untuk menerima anugerah berkenaan kerana menunjukkan prestasi yang baik ketika berhadapan dengan kelembapan ekonomi global. "Anugerah ini mengiktiraf pencapaian cemerlang setiap ahli Public Mutual yang berusaha kuat dalam industri yang amat mencabar pada masa kini," katanya. Public Mutual merupakan syarikat unit amanah swasta terbesar Sementara itu, Pengerusi Public Mutual, Tan Sri Dr. Teh Hong Piow berasa bangga dengan Public Mutual yang sekali lagi menerima pengiktirafan antarabangsa ini. Katanya, ia merupakan anugerah industri ke-135 yang dimenangi oleh syarikat tersebut iaitu sejak tahun 1999. |
|
UTUSAN Public Mutual umum agihan danaKUALA LUMPUR 31 Mac - Public Mutual, anak syarikat milik penuh Public Bank mengumumkan agihan pendapatan sebanyak 5.00 sen untuk Public Dana Aggressive Growth (PDAG) dan 3.50 sen bagi Public Dana Regular Savings (PDRS) bagi tahun kewangan berakhir pada 31 Mac 2009. Pengerusi Public Mutual, Tan Sri Dr. Teh Hong Piow dalam kenyataannya di sini berkata, beliau gembira kerana syarikat itu mampu membuat pengagihan itu di sebalik keadaan pasaran yang mencabar. Public Mutual merupakan syarikat unit amanah swasta terbesar |
|
BERITA HARIAN 17/02/2009 Public Mutual menang anugerah kali keenam
|
|
UTUSAN Public Mutual umum agihan hasil danaIa mengisytiharkan agihan kasar 5.00 sen bagi Public Index Fund, 0.30 sen bagi dana Public Islamic Optimal Growth Fund, 2.00 sen bagi Public Enhanced Bond Fund dan 3.00 sen bagi Public Money Market Fund. Pengerusi Public Mutual Tan Sri Teh Hong Piow dalam kenyataannya di sini berkata, syarikat itu gembira dapat mengisytiharkan agihan dana itu walau dalam keadaan pasaran yang mencabar. Public Mutual menguruskan 67 dana dengan lebih dua juta pemegang akaun. |
|
UTUSAN Public Mutual umum agihan pulangan danaPengerusinya, Tan Sri Dr. Teh Hong Piow berkata, jumlah pengagihan kasar bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2008 itu adalah 7.50 sen bagi Public Dana Savings, 1.25 sen bagi Public Dana Focus Select dan 1.75 sen pula bagi Public Dana Islamic Enhanced Bond. Menurutnya, Public Dana Savings yang dilancarkan pada tahun 1981, merupakan dana pertama syarikat yang bertujuan untuk mencapai pertumbuhan modal jangka panjang dan menjana pendapatan yang berpatutan. Pelaburan Public Dana Focus Select yang dilancarkan pada tahun 2004 bertujuan untuk mencapai pertumbuhan modal melalui pelaburan dalam syarikat-syarikat yang bersaiz sederhana daripada segi permodalan pasaran daripada pelbagai sektor ekonomi. Bagi Public Dana Islamic Enhanced Bond pula dilancarkan pada tahun 2006 dengan tujuan menawarkan kombinasi pendapatan tahunan dan pertumbuhan modal yang sederhana, terutamanya melalui portfolio yang terdiri daripada sekuriti hutang Islam dan saham-saham yang memenuhi kehendak Syariah. Public Mutual merupakan syarikat unit amanah swasta yang terbesar di Sehingga 28 November lalu, jumlah nilai aset bersih dana yang diuruskan oleh syarikat tersebut adalah sebanyak RM21.9 bilion. |