AWAS!
JANGAN TERJEBAK DENGAN PELABURAN BERUNSUR PENIPUAN
Perhatian kepada semua bangsa
Sekiranya masih ada lagi anda diluar
Selain itu banyak lagi saham-saham yang berteraskan binatang dan haiwan peliharaan seperti perternakan Lembu, perternakan Kambing, perternakan Lintah, perternakan Cacing dan banyak lagi pelaburan-pelaburan yang seumpamanya yang mana ia diuruskan oleh syarikat-syarikat Sendirian Berhad yang boleh memerangkap anda dengan cara mewar-warkan pengasas syarikat pelaburan tersebut yang di pegang oleh orang-orang yang berkedudukan, ternama atau berkaitan dengan politik untuk memberi kepercayaan dan mengelirukan orang ramai.
Sememangnya saham-saham tersebut menjanjikan pulangan yang tinggi dan tetap setiap bulan tetapi itu adalah satu perangkap untuk menipu orang ramai melabur beramai-ramai dan yang mana orang yang terawal akan mendapat pulanganya, tetapi bagaimana orang yang terlewat menyertainya?, pasti akan menanggung rugi dan modal pelaburan mungkin akan hilang begitu sahaja.
Ada juga syarikat yang jujur untuk membantu orang ramai tetapi mereka juga akur dengan setiap tindakan pihak Kerajaan Malaysia (BNM) yang akan menjalankan penyiasatan ke atas setiap pelaburan yang di jalankan kerana sememangnya Lesen Kutipan Deposit Wang Pelaburan yang sah hanyalah kepada pihak Perbankan dan Koperasi sahaja, jadi pelaburan-pelaburan yang dikendalikan oleh syarikat Sendirian Berhad adalah tidak sah dan salah disisi Undang-Undang Bank Negara Malaysia.
Peluang untuk dapat balik modal pelaburan juga akan tipis dengan helah syarikat yang selalu mengatakan mereka masih menunggu siasatan BNM, tetapi tup tup dah kena dakwa dan mungkin denda tidak lebih RM 10 juta je, jadi yang selebihnya akan jadi hak milik dan memperolehi untung yang gila-gila spt contoh syarikat yang baru-baru ini yang dalam proses sedang dakwa di mahkamah.
Di sini kami nasihatkan pilihlah jalan (pelaburan) yang berlesen dengan Bank Negara
Saya nasihatkan jangan sesekali melibatkan diri ke dalam saham yang jelas HARAM kerana mempunyai unsur riba dan gharar atau pelaburan yang tidak berlesen, manakala maklumat pemilikan syarikat dan lokasi kedudukannya tidak jelas dan nyata menipu, telah melanggar AKTA SURUHANJAYA SEKURITI 1993 dan BANK NEGARA MALAYSIA (BNM)...
Melaburlah dengan Syarikat Unit Amanah yang berdaftar dan mendapat kelulusan dari Suruhanjaya Sekuriti, Bank Negara